Sunday, December 9, 2012

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan

hidup penuh dugaan, sesukar mana pun anda lalui, tetap akan membuahkan hasil, sama ada hasil yang positif atau sebaliknya...

ASRAMA...

tak pernah terlintas di benak fikiran ku.., betulkah ini berlaku?? alhamdulillah....
announcement di bilik sia raya mengejutkan aku ketika khusyuk belajar di bilik prep.. "nama aq kene announce la... nape ustazah panggil eh??"
bermacam-macam perkara yang bermain di fikiranku.. bermacam-macam andaian yang aku fikir.. takut. "aq ade buat salah ke?? hmmm..."
dalam perjalanan ke rumah warden, aku melihat dari jauh, ramai yang sudah berkumpul.. mereka semua dipanggil oleh ustazah. aku berasa pelik.. kami semua menunggu di hadapan rumah ustazah.. pintu terkuak perlahan-lahan. aku melihat susuk tubuh ustazah meluru keluar dari rumah.
"saya panggil kamu semua sebab nak bagi tahu yang kamu semua terpilih untuk menyertai buat persembahan padang bagi menyambut hari merdeka macam tahun lepas.." aku masih tak berapa faham. ustazah menyebut nama-nama yang terpilih, aku adalah antara insan yang terpilih. aku mengucapkan syukur.

ianya pengalaman yang cukop menarik. walaupun menyeronokkan, kami yang terlibat terpaksa korbankan masa pembelajaran kami dan korbankan tenaga.. sunguh memenatkan. latihan akan diadakan setiap hari, dihadiri dengan homeworks yang beratur lurus di dalam fikiran, hanya menunggu untuk disiapkan dan dihantar kepada guru.. selain homeworks, kerja kursus pula harus disiapkan uuntuk mendapatkan markah bagi pmr. huh!!! pengalaman...

kami di lokasi latihan pertama.. cari saye, saye kat belah kanan barisan tengah

pendidik berwawasan

kami sayang pengetua hebat kami ^_^

walaupun mengantuk, tangkap pic mesti semangat...

kenalan pertama kami di pandamaran

latihan di titiwangsa dengan baju baru.. hehe..

dalam dewan titiwangsa

jangan ganggu kami berlatih.. grrrr...

tengok negeri sembilan, kami....

kami...

ending latihan kami...

tunggu bas di Dataran Merdeka selepas sesi latihan

Monday, October 8, 2012

hehehe.. raye la...

pejam celik pejam celik.., dah raya. tak terasa dah sebulan berpuasa. *terkezut i! mane x nye.., tiap ari pose tetiba bangon pagi td dgr org takbir raye da..*

ape pun, SELAMAT DATANG SYAWAL!!!!! dan SELAMAT HARI RAYA buat semua umat Islam tak kira di mana anda berada, tak kira pukul berapa, tak kira anda buat apa, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...

buat pemandu kereta, lori, bas, motosikal, basikal, kapal terbang, feri, van, helikopter, kereta lembu dan sebagainya, hati-hati memandu.. ingat Allah selalu.., ingat keluarga dan insan tersayang, ingat mati. jangan pandu laju-laju.. biar lambat asal selamat.. =D



welcome Ramadhan 2012

assalamuailakum kepada semua umat Islam..,
akhirnya.., saat yang dinanti-nanti oleh semua muslimin, muslimat, mukminin dan mukminat..

 
                                                 BULAN RAMADHAN TAHUN 2012!!!

*SuMe OrG jGn LuPe PlAk Yg KoRaNg KeNe PuAsE... JgN cUrI2 MkN pLak.. JgN t'LeBiH tIdO tAw!!! =D

ingat Ramadhan, ingat raye... hehehe

oit!! ingat Allah dulu la....






Saturday, July 28, 2012

mak cik.., mak cik!

berdasarkan post saya sebelum ini,
pada waktu pagi (hari berlakunya kebakaran), ibu kawan saya bercerita tentang mak cik (jiran depan rumah kawan saya). cerita ini harus dijadikan teladan dan sandaran buat pembaca..

"emak sangkakan rumah mak cik kat depan tu tak de orang, rupanya ade.."
"ye ke? habis tu, kenape mak cik tu tak selamatkan diri waktu kebakaran malam tadi?"
"mak cik tu kate, 'acik dah tahu ade kebakaran kat tingkat 1. disebabkan banyak asap, acik terus tutup semua pintu dengan tingkap'. tu yang mak cik tu cakap dekat mak pagi tadi"

adakah anda faham dengan cerita saya??!
mak cik! dah tahu ada kebakaran, tapi mak cik masih lagi kurungkan diri dalam rumah tu buat apa mak cik??! tak pasal-pasal mak cik rentung dalam rumah tu..
kesimpulannya, dah tahu ada kebakaran, terus selamatkan diri tau!!! jangan lupa dokumen penting sekali.....
mak cik.., mak cik!

Saturday, June 9, 2012

kebakaran!!!

seorang hamba Allah berkongsi cerita dengan saya.  kawasan perumahannya berlaku kebakaran pada minggu pertama cuti sekolah. dia ingin berkongsi cerita di blog saya. jom!

hari dan tarikh : rabu, 30 Mei 2012
lokasi : kawasan perumahan flat
waktu : 2 pagi

kira-kira jam 2 pagi, saya sedang lena diulit mimpi. tiba-tiba saya terdengar jeritan yang agak kuat. jeritan itu memeranjatkan saya, lalu saya tersedar. saya melihat kakak-kakak dan adik saya meluru keluar pintu. (berlari) saya merupakan insan yang paling susah bangun dari tidur. entah kenapa malam itu saya mudah terbangun. mungkin kerana jeritan yang kuat itu.

saya terus bangun lalu terjun dari katil (katil double decker bed) kerana saya terdengar kakak kedua saya berkata 'kebakaran'. saya terasa ingin menangis tika itu.. bagaimana kebakaran boleh berlaku?!

ketika aku menjenguk ke luar pintu bilik, aku melihat pintu rumah terkuak luas.. aku melihat banyak asap di luar rumah.. aku juga turut keluar rumah. sebaik kaki aku melangkah ke luar, aku hidu bau yang tidak menyenangkan. bau gas yang amat kuat. aku mencari selipar.. terburu-buru mencari selipar. tiba-tiba.....,

BOMMM!!!!!!!!

bunyi letupan yang agak kuat kedengaran.. aku semakin gelabah! jeritan suara ibu bapa aku menyuruh aku dan adik beradik yang lainnya untuk menyelamatkan diri terlebih dahulu. aku masih lagi mencari selipar yang sudah tidak kelihatan. asap semakin tebal menyebabkan aku sukar melihat keadaan sekeliling. tekak aku terasa pedih sekali kerana asap yang sudah mula memasuki ke dalam paru-paru.. bau asap yang sedang aku hidu tika itu lain sekali. lebih teruk baunya berbanding bau gas dari bunsen burner dan rokok.

aku terus menyarungkan selipar yang ada di depan mata tanpa sempat mencari selipar aku yang sebenarnya dan terus menyelamatkan diri. pada mulanya aku mahu turun tangga (rumah aku di tingkat 2). tetapi aku melihat separuh tangan di hadapan aku (seolah-olah melambai-lambai ke arah aku). tanpa berfikir, aku ikut ke arah tangan yang aku tidak ketahui itu. aku terus lari straight..

akhirnya aku selamat! kabus asap sudah tidak kelihatan pada pandangan aku. aku berasa gembira walaupun mata aku pedih akibat asap tadi.. aku tidak mampu berkata-kata kerana tekak aku yang pedih menyukarkan aku untuk bersuara.

tiba-tiba aku teringat akan keluarga aku.. di mana mereka?? aku toleh ke kiri, tidak ada kenalan yang aku kenal. aku toleh ke kanan, aku melihat adik aku sahaja. di mana yang lain??!

tiba-tiba aku terdengar orang terbatuk-batuk seperti mahu muntah. aku lihat di hadapan aku, kakak-kakak aku sedang berlari menyelamatkan diri. mereka terjerit-jerit memanggil nama aku dan adik aku. aku memanggil kakak aku.

aku tercari pula kelibat ibu bapa aku. kakak aku berkata mereka masih di dalam rumah sedang menyelamatkan dokumen penting. aku berasa sangat risau kerana ibu aku sakit manakala bapa aku alah pada habuk dan tidak tahan pada asap kerana asma.

akhirnya aku melihat kelibat mereka sambil memeluk dokumen-dokumen penting. aku berasa gembira dan lega melihat keluarga aku selamat. aku lihat ke tingkat bawah, api sedang marak dan pada masa yang sama aku terdengar bunyi pancutan air dari pemadam api. tika itu juga, asap semakin menebal naik ke tingkat 2. mujur aku sudah selamatkan diri awal tadi.

kami menuju ke rumah makcik aku sementara api yang marak tadi dipadam. setelah asap kian memudar dari pandangan, kami sekeluarga pulang ke rumah.

ketika di depan rumah, aku memandang ke lantai. warnanya putih kekelabuan dek asap yang tebal tadi. aku melihat banyak tapak kaki manusia di mana-mana. mungkin dek kerana mahu menyelamatkan diri, sebahagian jiran saya menyelamatkan diri tanpa memakai selipar.

pintu rumah kami terkuak lebar, ini bermaksud kami harus membersihkan rumah pada malam itu juga kerana kami sekeluarga alah pada habuk dan asap.

tempat kebakaran terletak di tingkat 1, iaitu stor kepunyaan ketua flat. di dalam stor itu terdapat 2 buah motosikal dan beberapa tong gas, surat khabar yang tidak terkira beratnya dan banyak lagi. mungkin letupan malam itu berasal dari letupan motosikal dan tong gas. itulah pengalaman aku ketika kebakaran.

cerita ini bolehlah dijadikan sebagai pengalaman dan penyedaran untuk kita semua. akibat daripada kebakaran tersebut, kami sekeluarga terpaksa bersengkang mata hingga jam 4:30 pagi untuk kemas rumah dan bapa aku tidak dapat bekerja untuk beberapa hari.. itu sahaja dari aku...

Friday, June 8, 2012

hari yang memenatkan

pada hari yang sama setelah pulang dari majlis penutupan unit beruniform, bapa saya singgah di stesen minyak Petronas untuk solat Zohor. ibu saya pula mengarahkan saya untuk menukar baju KRS yang saya pakai tika itu. saya berasa pelik. bukankah pulang ke rumah?! bukannya pergi jalan-jalan cari makan pun.

saya pun turuti apa yang ibu saya katakan. di dalam kereta, saya menanyakan soalan yang bermain di benak fikiran saya. "nak pegi mane ni mak?" saya bertanya.

ibu menjawab, "nak pergi Klang jenguk cik Mar dengan tengok tanah"

saya hanya mengangguk. cik Mar merupakan isteri kepada kawan bapa saya. yang dimaksudkan dengan tanah ialah tanah yang telah bapa saya beli dari seorang warga emas, juga merupakan ketua kampung. insyaallah jika dimurahkan rezeki, kami sekeluarga akan berpindah dari Taman Medan, Petaling Jaya ke Kampung Sementa, Klang. semoga keluarga saya panjang umur dan dimurahkan rezeki. AMIN...

aku pulang ke rumah kira-kira jam 7:30.. hari ini merupakan hari yang paling penat!!!

majlis penutupan unit beruniform

hari dan tarikh : KHAMIS, 31 MEI 2012
lokasi : prep 2, Blok C

aku dan Munirah telah dipanggil oleh pengerusi KRS untuk turut serta dalam suatu majlis rasmi yang akan diadakan pada hari Ahad bertempat di sekolah dengan berpakaian lengkap baju unit beruniform KRS. aku bertanggapan bahawa pada hari tersebut saya free, jadi, aku mengambil keputusan untuk turut serta dalam majlis tersebut..

hari dan tarikh : AHAD, 3 JUN 2012
lokasi : SMK Seksyen 18, Shah Alam

tepat jam 8:30 pagi, kereta Avanza berwarna hijau meluru masuk ke kawasan sekolah.. aku melihat kawasan di sekeliling sunyi sepi.

'majlisnye ade ke tidak??', tanya aku di dalam hati. melayan perasaanku seorang diri.

aku hanya melihat beberapa orang pelajar tingkatan 3 dan 5 yang sedang menghadiri kelas tambahan. aku melihat sekeliling sekolah. di mana semua ahli unit beruniform yang dikatakan oleh pengerusi tempoh hari? adakah ini cuma satu helah untuk mengenakan aku semata-mata? aku kebingungan.


tiba-tiba aku melihat satu susuk tubuh yang memakai baju KRS lalu aku mengekorinya. dia menuju ke asrama. sepanjang laluan di hadapan asrama aspura, aku melihat banyak baju bergantungan dan beberapa buah khemah di tempat roll call petang aspura. apabila kaki menjejak ke halaman aspuri, aku melihat beberapa buah khemah lagi.. aku melihat beberapa orang mahasiswa di hadapan pintu dewan makan aspura. mungkin mereka usai sarapan pagi.

tiba-tiba aku teringat akan susuk tubuh yang memakai baju KRS yang aku temui di sekolah tadi.. di mana dia?? dan, siapa dia?? pintu prep 1 terkuak lebar, alangkah terkejutnya aku apabila melihat Yusyabela yang memakai baju KRS.. terkejut aku!

kami menuju ke kantin untuk bersarapan. di rumah tadi aku hanya memakan 2 kentang dan minum air masak sahaja. sekarang sudah pun menunjukkan jam 9 tepat.

aku masih tertanya-tanya.. di mana majlis rasmi tersebut.. membazir waktu aku sahaja di sekolah. lebih bagus tonton drama Korea di rumah. sudah setengah jam berlalu tetapi tidak ada sebarang majlis yang diadakan di sekolah melainkan kelas tambahan yang diadakan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar.

kira-kira jam 9:30, para ahli unit beruniform dikehendaki pergi ke dewan Al-Madani. di sana aku melihat lawatan untuk unit beruniform.. aku paling tertarik dengan Pengakap kerana banyak hasil kerja yang dipamerkan pada waktu itu. lawatan ini disediakan oleh penuntut UM. (Universiti Malaya)





majlis penutupan dilancarkan lagi oleh Encik Ramli sebagai wakil SMK Seksyen 18 bagi menggantikan pengetua sekolahku yang HEBAT ini! usai majlis, aku pulang ke asrama sebentar untuk mengambil baju batik, baju sekolah dan tudung hitam yang aku lupa bawa pada hari Jumaat lalu. kemudian, aku menunggu bapaku untuk pulang..





Copyright© All Rights Reserved Wah-unik98.blogspot.com