Friday, June 8, 2012

majlis penutupan unit beruniform

hari dan tarikh : KHAMIS, 31 MEI 2012
lokasi : prep 2, Blok C

aku dan Munirah telah dipanggil oleh pengerusi KRS untuk turut serta dalam suatu majlis rasmi yang akan diadakan pada hari Ahad bertempat di sekolah dengan berpakaian lengkap baju unit beruniform KRS. aku bertanggapan bahawa pada hari tersebut saya free, jadi, aku mengambil keputusan untuk turut serta dalam majlis tersebut..

hari dan tarikh : AHAD, 3 JUN 2012
lokasi : SMK Seksyen 18, Shah Alam

tepat jam 8:30 pagi, kereta Avanza berwarna hijau meluru masuk ke kawasan sekolah.. aku melihat kawasan di sekeliling sunyi sepi.

'majlisnye ade ke tidak??', tanya aku di dalam hati. melayan perasaanku seorang diri.

aku hanya melihat beberapa orang pelajar tingkatan 3 dan 5 yang sedang menghadiri kelas tambahan. aku melihat sekeliling sekolah. di mana semua ahli unit beruniform yang dikatakan oleh pengerusi tempoh hari? adakah ini cuma satu helah untuk mengenakan aku semata-mata? aku kebingungan.


tiba-tiba aku melihat satu susuk tubuh yang memakai baju KRS lalu aku mengekorinya. dia menuju ke asrama. sepanjang laluan di hadapan asrama aspura, aku melihat banyak baju bergantungan dan beberapa buah khemah di tempat roll call petang aspura. apabila kaki menjejak ke halaman aspuri, aku melihat beberapa buah khemah lagi.. aku melihat beberapa orang mahasiswa di hadapan pintu dewan makan aspura. mungkin mereka usai sarapan pagi.

tiba-tiba aku teringat akan susuk tubuh yang memakai baju KRS yang aku temui di sekolah tadi.. di mana dia?? dan, siapa dia?? pintu prep 1 terkuak lebar, alangkah terkejutnya aku apabila melihat Yusyabela yang memakai baju KRS.. terkejut aku!

kami menuju ke kantin untuk bersarapan. di rumah tadi aku hanya memakan 2 kentang dan minum air masak sahaja. sekarang sudah pun menunjukkan jam 9 tepat.

aku masih tertanya-tanya.. di mana majlis rasmi tersebut.. membazir waktu aku sahaja di sekolah. lebih bagus tonton drama Korea di rumah. sudah setengah jam berlalu tetapi tidak ada sebarang majlis yang diadakan di sekolah melainkan kelas tambahan yang diadakan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar.

kira-kira jam 9:30, para ahli unit beruniform dikehendaki pergi ke dewan Al-Madani. di sana aku melihat lawatan untuk unit beruniform.. aku paling tertarik dengan Pengakap kerana banyak hasil kerja yang dipamerkan pada waktu itu. lawatan ini disediakan oleh penuntut UM. (Universiti Malaya)





majlis penutupan dilancarkan lagi oleh Encik Ramli sebagai wakil SMK Seksyen 18 bagi menggantikan pengetua sekolahku yang HEBAT ini! usai majlis, aku pulang ke asrama sebentar untuk mengambil baju batik, baju sekolah dan tudung hitam yang aku lupa bawa pada hari Jumaat lalu. kemudian, aku menunggu bapaku untuk pulang..





No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Wah-unik98.blogspot.com